Posted by Nidzam Kadir

DAYA SARING BAGI MAKLUMAT

1. Islam menyeru agar umatnya mencari ilmu. Termasuk dalam makna ilmum ialah maklumat, info dan sebagainya.

2. Namun bukan semua info yang diterima boleh dipercayai bulat-bulat.

3. Dalam surah al-Hujurat ayat 6, Quran mengajar konsep mencari bukti jika ada satu berita disampaikan. Dalam satu riwayat bacaan, Ia mengajar konsep mencari ketetapan.

4. Dalam riwayat sunnah, Nabi saw memberi kebenaran untuk meriwayatkan hadis daripada ahli kitab. Dalam istilah, disebut riwayat Israiliyyat. Namun Nabi memberi panduan agar jangan membenarkan ahli kitab dan jangan mendustakan mereka. Konsepnya agar disiasat terlebih dahulu.

5. Dalam satu riwayat hadis, Nabi saw bersabda mafhumnya : "Memadai bagi seseorang individu akan dosa jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar".

6. Konsepnya perlu ada daya saring terhadap setiap maklumat.

7. Hari ini, maklumat boleh diperolehi melalaui akhbar, majalah, buku, internet dan sebagainya. Sewajarnya ia tidak diterima bulat-bulat. Juga jangan ditolak begitu sahaja.

8. Fikir, kaji, saring dan ambillah yang terbaik.

This entry was posted on 31 Mei 2009 at Ahad, Mei 31, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 ulasan

Tanpa Nama  

ustaz.. bagaimana nak tahu sama ada cerita itu Israiliyyat atau tidak.. harap bantu. tk

1 Jun 2009 7:22 PG

Itu kena mengaji ilmu tafsir atau usul tafsir. Secara mudah, ada riwayat cerita yang terlalu pelik, sukar dipercayai dan lebih mirip kepada khurafat.

1 Jun 2009 10:11 PG

Ust..boleh ke saya terus menyampaikan ilmu jika saya ambil terus daripada buku-buku yang saya baca??

5 Jun 2009 6:20 PTG

Mgkin boleh juga apabila sudah ada asas ilmu yang kukuh. Apabila sudah mempunyai disiplin ilmu yg kukuh, bacaan drpd buku akan menambahkan kefahaman.

7 Jun 2009 9:32 PTG

Ust..ade r kn hamba Allah ni..die hantar msg berkenaan dgn suatu peristiwa ni..pastu die suro antar kn kpd 20 orng laen supaya x kne bala..betOl ke ust??pandngan sye ini salah..

9 Jun 2009 8:46 PG

Itu adalah khurafat.

9 Jun 2009 10:35 PG
Tanpa Nama  

Ust..bley x sye gne artikel ni nak post??

11 Jun 2009 9:36 PG

Catat Ulasan