Posted by Nidzam Kadir

BIDA'AH ATAU TIDAK?

1. Malam nisfu Syak'ban baru sahaja berlalu. Timbul persoalan samada amalan masyarakat yang mana mereka berkumpul dan membaca surah Yaasin dikira sebagai bida'ah atau tidak. Jika bid'ah, maka ia adalah sesat.

2. Sebenarnya, para ulama berbeza pandangan dalam memahami makna bida'ah. Perbezaan ini membawa kepada kefahaman hukum yang berbeza.

3. Jika ada ulama yang menyatakan bahawa bacaan surah Yaasin malam nisfu Syak'ban sebagai bida'ah, sebaliknya ada ulama yang menyatakan bahawa ia satu amalan baik.

4. Oleh itu, terserah kepada masyarakat untuk mengikut Quran dan sunnah berdasarkan kefahaman para ulama.

5. Sekadar contoh perbandingan, dalam mazhab Imam Syafii dikira bersentuhan kulit antara suami dan isteri membatalkan wudhuk. Namun dalam mazhab Maliki dan Hanafi tidak begitu. Adakah jika mengikut mazhab Syafii, maka mazhab Maliki dan Hanafi salah dan sesat?

6. Oleh itu, jika kita mengikut mazhab Syafii yang menyatakan wudhuk batal dengan sebab bersentuhan kulit, maka jika kita tidak mengambil wudhuk selepas bersentuhan dan terus solat maka ia dikira salah. Namun tidak salah bagi orang bermazhab Hanafi.

7. Oleh itu, hukum bida'ah berbeza antara sesuatu perkara. Jika dianggap amalan bacaan surah Yaasin pada malam Jumaat dan dan lain-lain sebagai bida'ah, maka TIDAK HARUS dibuat bagi golongan yang beranggapan demikian. Namun HARUS bagi golongan yang lain untuk melakukannya. Ini kerana tiada nas Quran dan hadis yang jelas dalam masalah ini.

8. Berbeza dengan arak yang jelas nas tentang haramnya.

9. Oleh itu, marilah kita bersatu menentang bida'ah yang jelas dan disepakati oleh para ulama muktabar. Biarlah kita berlapang dada dalam masalah khilaf.

This entry was posted on 13 Ogos 2009 at Khamis, Ogos 13, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 ulasan

Salam ustaz...
Jika ana salah,betulkan ya...Bukankah asal sesuatu perkara adalah harus..Jadi membaca yassin pada malam nisfu Sya`ban ana rasa tidak salah asalkan niat kita betul...Pada ana nak baca yassin pada bila-bila masa pun tidak mengapa..Bukankah kita dituntut untuk membaca ayat-ayat al-quran pada bila-bila masa?Masalah dalam masyarakat kita ialah orang memilih masa untuk beribadat...Justeru,saranan ana,bacalah Al-Quran pada bila-bila masa...Bukan hanya membaca dimulut,tetapi beramallah denganya...Moga kita akan mendapat syafaat dengan selalu membaca kalamullah..Wallahu`alam

16 Ogos 2009 10:19 PG

Yang nyata bidaah ialah tidak membaca Al-Qur'an. Maka membaca surah2 terpilih pada masa2 terpilih juga adalah perkara cabang yang sudah ditelan zaman. Tepuk dada tanya iman. Ikhlas kah aku ini di hadapan Allah?

22 Ogos 2009 8:53 PG
Tanpa Nama  

Salam ustaz2,
oh gitu, intresting!
jadi key words:
1. ASAL harus kecuali ada nas haram..
2. NIAT kena betul
3. Bidah ..TAK BACA QURAN..
4. bincang Furu' .. ditelan zaman
5. konsisten ikhlas amal
boleh ke i simpul gini:
1. Pokoknya Kena BACA QURAN..
2. Kena ada ILMU/Hikmah(item ni biasa tapi/yg luarbiasa)
Ada org kata:
kes Maududi kata: ada org bincang aurat mslimat - perlu purdah atau tidak? tapi selalu tersasar yg minimum iaitu terbuka lengan.
Betul ke formula ni :
Tau Minimum + Tau maximum = Ilmu/Matang/Hikmah.
@maaf ustaz2.. tumpang tanya..buah cempedak diluar pagar...

17 Disember 2009 8:32 PG

Catat Ulasan