Posted by Nidzam Kadir

BERLAPANG DADA

1. Kepelbagaian pendapat dalam hukum Islam merupakan satu kebaikan jika umat Islam tahu bagaimana hendak berinteraksi dengannya.

2. Namun sayang, kepelbagaian pendapat ini menjadi sebab pula bagi umat Islam untuk saling salah-menyalahkan, saling bida'h membida'hkan, saling sesat menyesatkan dan sebagainya.

3. Dalam satu riwayat hadis, ada disebutkan tentang sifat beberapa perkara yang boleh merosakkan. Antaranya rasa u'jub (kagum) dengan diri sendiri atau pendapat sendiri.

4. Perbezaan pendapat dalam hukum Islam sebenarnya masih lagi berdasarkan dalil dan hujah syarak. Dalil dan hujah syarak ada beberapa jenis. Perkara ini boleh dikaji dalam ilmu usul fiqah.

5. Apabila ada pendapat mengatakan sesuatu perkara haram, sudah tentu ada di sana dalil syarak. Namun selagi mana dalilnya tidak sabit secara pasti dan tidak pasti pula petunjuknya, maka sudah tentu wujud perbezaan pandangan. Maka ada pendapat akan menyatakan ia halal.

6. Jika ada pendapat ulama membida'ahkan sesuatu perkara, namun di sana masih ada ulama berpendapat bahawa ia bukan bida'ah.

7. Justeru itu, marilah kita menanam beberapa sifat yang penting. Antaranya sifat beramal berdasarkan ilmu masing-masing. Kedua, sentiasa menambahkan ilmu dengan membaca, mengkaji, mengaji dan sebagainya. Ketiga, berlapang dada dalam persoalan yang masih menjadi perbezaan pendapat para ulama.

This entry was posted on 07 April 2010 at Rabu, April 07, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

12 ulasan

benar ustaz..

agree to disagree.. ^_^
kalau sifat semacam ini yang ada dalam diri setiap muslim, pasti aman tenteram dunia Islam hari ini..
sedih juga melihat individu2 yang becakaran kerana persoalan khilaf..
sampaikan hilang sudah akhlak murni seorg Muslim..bukan apa, malu pula pada mereka yang bergelar non-muslim..

7 April 2010 pada 4:16 PTG

salam ustaz...apa pendapat ustaz tentang wahabi, dan ajaran yang makin menular d uia skrg?

7 April 2010 pada 8:06 PTG
Tanpa Nama  

n

9 April 2010 pada 11:24 PTG
Tanpa Nama  

salamm..saya berpendapat berbza pendapat biasa selagi mana ada manusia ini janji Allah..masalah kita skg ni org2 suka melabelkan org lain dgn benda yg org itu tak suka..conoh wahabi..hehe..saya dulu pun tak paham knapa org asyi cakap wahabi ni sesat,untk mncari jawpn saya bnyk membaca dan menilai sndiri pa yg btul apa yg salah..alhamdullilah saya makin paham ttg beza pendapat nh,cuma org yg xpaham akn kata yg bukan2 dan tuduh yg bukan2..bak kata pepatah arab,org akan memusuhi apa yg mereka jahil..saya suka cara pendekatan ustaz nidzam yg playsafe..btul kata ustaz kadang2 kita kena ambil pndapat salaf,kadang2 kita kena ambil pendapat khalaf..

9 April 2010 pada 11:35 PTG
Tanpa Nama  

Salam ustaz,

Bagaimana dgn wahabi ustaz?saya tinggal di Jakarta dan disini lebih kuat berselisih pendapat juga...sy yg ingin belajar juga menjadi keliru tetapi sy tetap merujuk utk mendpt pemahaman yg lebih tepat...disini ada buat pengajian bagi ibu yg ingin mendalami islam...cuma ada bbrp perkara membuat sy keliru...seperti meninggalkan qunut subuh,tidak boleh menambah perkataan sayyidina didalam selawat,niat solat hanya dalam hati dan bukan utk dilafazkan...jadi sy mecari kitab dan merujuk utk mengkaji sejauh mana benarnya apa yg dismpaikan oleh ustaz berkenaan..ternyata semua ulasan itu ada didalam sebuah kitab yg bertajuk "Amaliyah Sunnah yg dinilai Bid'ah"..semua persoalan terjawab dgn dalil2..soalannya disini...adakah perlu sy membahas kpd ustaz berkenaan ttg kitab yg sy baca itu?atau membiarkan sahaja dia menyampaikan kpd org lain?tolong ustaz bagaimana utk berlapang dada dlm perkara begini?cara sy adalah belajar dan mengkaji tetapi bagaimana dgn ibu2 yg baru nk belajar?semua yg belajar dgn ustaz berkenaan adalah yg telah berumur...

26 April 2010 pada 7:19 PG
Tanpa Nama  

salam..dalam masalah ini saya rasa cara yg terbaik kita jgn berbalah atau bergaduh,yg bagusnya terangkan cara ilmiah,ustaz yg mengajar pula jgn terlalu keras,dan jgn terlalu suka mengunakan perkataan bidaah,kerena org kita sensitif.bab2 qunut tu khilaf siapa nak buat silakan kalau taknak buat jgn mencela org yg buat,ikut shj imam solat kita selagi tak bercanggah dari aswj.ini pendapat saya untuk tuan puan,untk berlapang dada kita cuba dgr kedua2 belah pihak dan menilai sendiri tanpa emosi..yg bidaah nya bergaduh..dan lagi kita jgn tuduh2 org wahabi ka apa ka.sebab tuduh menuduh membolehkan kita bermasam muka.ini satu kerugiaan buat org islam..bagi kita org awam yg belajar,selagi mana ustaz2 yg mengajar kita tu ada nas yg shaih kita ikut,kalau kita taknak ikut terpulang,,tidak ada paksaan dalam agama..ok semoga kita semua diberi petunjuk jalan yg lurus..wallhua`lm

4 Mei 2010 pada 9:02 PG

salam kpd pbaca..
sy ada rkn skampung belajar kat madinah..ketika tu dia balik bcuti kat kpg so dia imam solat subuh lafaz bismillah tak kdengaran dn tanpa qunut,sy sbg makmum tak le rasa pelik sbb sy pun ketika tu dlm pgajian islam juga,cuma makmum pakcik2 ni jee rasa tak selesa pulak,begini leh asam garam kat kampung

6 Mei 2010 pada 1:58 PTG
Tanpa Nama  

salam...bab tu mmg kalau org tak belajar mmg dia pelik,bagi saya yg terbaik org yg pelik tu,tanya sendiri kat imam,sbb bg mengelakan fitnah..kan bagus..kalau tak tanya nanti dituduhnya wahabi..semoga Allah memberi pentujk kat kita semua..insyallh...

9 Mei 2010 pada 3:58 PTG

Salam, ustaz. Ana mau tanya, tapi kotak chatbox tak cukup...ruang. jadi ana post di sini saja ya~

Situasinya:

Dalam rumah ada budak yang umurnya 4 tahun yang tak tahan kencing. Oleh itu, tak dipakaikan seluar, sebab kalau pakai, dalam sehari tu habis seluar dibantainya.

Jadi, satu hari ini dipakaikan seluarnya. Dia kencing, dalam seluar itu. Lepas itu kelihatan kanak-kanak ini duduk di kerusi.

Kemudian beberapa jam setelah itu, saya pulak duduk di kerusi tersebut - yang tak dilap - dalam keadaan pakaian separa lembap.

Habis itu, saya duduk pulak di kerusi lain (B) .

Kemudian selang beberapa hari, diletakkan pula baju pada kerusi (B) yang juga tak dilap , sebab jenis yang dibalut dengan kain. dan memang tiada kesan yang tertinggal pada B : yakni tiada bau, warna dan zatnya. Baju yang diletakkan pula adalah sedikit lembap. Kemudian baju yang lembap ini digayut dalam almari, sebelah telekung.

Soalannya: telekung tu boleh bawa solat ke?

Atau adakah ini dikira najis yang dimaafkan? atau adakah ana terlalu was-was?

11 Mei 2010 pada 9:49 PTG
Tanpa Nama  

Salam, Ustaz.
Mengekalkan niat dalam solat.

Ana tahu, ubah niat takde maknenyer, sebab nanti solat terbatal. Tapi entah kenapa, bile desakan datang, tak boleh tahan, terus ubah.

Soalannye, boleh ke kita biarkan saja bisikan hati itu tetapi kekalkan niat kita yang sebenar...

Contohnye waktu nak bagi salam pertama (waktu inilah selalu datang desakan, waktu hampir nak habis) datang desakan ubah niat. JAdi ana biarkan saja bisikan itu berlalu , tidak menentang sebab lagi menentang, lagi teruk desakannya. Tapi ana kekalkan niat dan kehendak ana untuk habiskan solat fardhu itu. Batal ke solat?

Lagi satu situasi ; bila desakan datang, bisik dalam hati seolah-olah memang mahu mengubah niat, (bolehkah berlakon mahu mengubah niat? untuk tipu setan, bolehke?) tetapi kehendak kita itu kita masih tegaskan untuk selesaikan solat itu?

Halnya sebab bila menentang, lagi jadi kacau hati, tapi kalau berlakon, jadi tenang, niat dan kehendak jadi lebih jelas.

Ataupun benda ini jadi bid'ah?

Pelik betul kan masalah ni, tapi setan itu memang licik.

13 Mei 2010 pada 6:43 PTG
Tanpa Nama  

asalamaim ust....

7 Mac 2011 pada 1:39 PTG

"BarakAllah Fikum"

10 Mei 2011 pada 1:15 PG

Catat Ulasan