Posted by Nidzam Kadir

AMALAN DI BULAN REJAB

1. Bulan Rejab termasuk salah satu bulan haram yang empat. Terdapat keutamaan Rejab secara umum berdasarkan cirinya sebagai bulan haram.

2. Namun ada diriwayatkan hadis-hadis menceritakan kelebihan Rejab secara khusus. Begitu juga amalan-amalan tertentu pada bulan Rejab. Namun nampaknya kebanyakan hadis tersebut dalam daerah dhaif dan palsu.

3. Masyarakat menjadi keliru apabila para ustaz memberikan hukum yang berbeza tentang fadhilat Rejab dan amalannya. Kekeliruan ini berlaku apabila wujud sikap mengkritik tanpa adab, menyesatkan amalan orang lain dan sebagainya.

4. Apakah pedoman bagi kita masyarakat awam?

5. Pertama, sebelum beramal, sewajarnya dikaji sesuatu amalan dan dalilnya. Rujuklah kepada buku agama yang berkelayakan dan bertanya kepada beberapa orang ustaz. Ini kerana setiap ustaz/ ulama mempunyai kemampuan ilmu yang terhad. Apabila diyakini sabitnya fadhilat dan amalan dengan nas yang diterima, maka beramallah.

6. Kedua, jika belum yakin, biarlah seketika amalan tersebut. Lagipun amalan tersebut dikira dalam amalan fadhilat dan sunat, bukannya wajib dan fardhu. Juga tidaklah usah menyesatkan golongan lain yang beramal. Bincanglah dengan baik.

7. Ketiga, buatlah amalan yang pasti di bulan Rejab. Terdapat hadis fadhilat puasa bulan Rejab. Maka untuk mengelakkan kekeliruan, buatlah amalan yang pasti. Contohnya berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis, puasa hari putih iaitu 13, 14 dan 15 Rejab. Kalau dikira tidak mencukup, tambahilah lagi beberapa hari dengan niat memperbanyakkan amalan puasa.

8. Sebenarnya amalan yang pasti dalam Islam amat banyak. Tidak mampu untuk kita lakukan semuanya.

9. Ke empat, jika ijtihad kita tersalah dalam menentukan fadhilat Rejab, Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Kita sudah berusaha membaca, mengkaji dan bertanya kepada ahli ilmu.

10. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

This entry was posted on 21 Jun 2010 at Isnin, Jun 21, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 ulasan

assalamualaikum.. saya tercari-cari fadhilat rejab yang sebenar,berikutan atas permintaan para sahabat di tempat kerja yang ingin saya mencari mengenai fadhilat rejab,namun bila diteliti byk laman2 web kebanyakannya mengatakan fadhilat rejab adalah hadith palsu melainkan hadis yang mengatakan mengenai berpuasa di bulan haram (zulkaedah,zulhijjah,rejab,syaaban), jadi saya berpendapat sama seperti kenyataan ustaz di atas untuk mengelakkan kekeliruan.. terima kasih ustaz!

22 Jun 2010 pada 10:44 PG

Salam.Saya turut bersetuju dengan kenyataan Ustaz. Beramal biarlah dengan dalil yang betul2 pasti agar ianya tidak sia-sia.

23 Jun 2010 pada 3:48 PTG
Tanpa Nama  

ilmu yang bermanfaat untuk dikonsi bersama..terima kasih ustaz

25 Jun 2010 pada 3:23 PTG
Tanpa Nama  

Asalamulikum ustaz saya sangat meminati kuliah ustaz kerana penyampai yg mudah difaham dan barlandaskan sunah2, t.kasih ustaz semoga Allah memberi kelebihan rahmat kpd ustaz dan keluarga

26 Jun 2010 pada 12:01 PTG

Perkonsian Ilmu:

Berpuasa di Bulan Rejab

Imam al-Nawawi (rahimahullah) menyebut:

“Tiada larangan dan tiada juga galakkan berhubung dengan bulan Rejab itu sendiri,
walaubagaimanpun:
• berasaskan bahawa pada prinsipnya berpuasa itu sendiri merupakan suatu amalan yang
dipuji, dan
• di dalam Sunan Abu Dawud, Rasulullah telah menggalakkan berpuasa di bulan-bulan
Haram, dan bulan Rejab adalah salah satu dari bulan-bulan Haram.

Hadith Berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab

[1] `Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata: "Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkara: “Aku
mendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka samasekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa samasekali.”

.[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, dalam bab berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab].

Imam Nawawi seterusnya berkata bahawa:
"Berdasarkan hadith Said ibn Jubair dari Ibn `Abbas itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa berpuasa di bulan Rejab itu sendiri tidaklah dilarang dan tidaklah juga digalakkan secara khususnya, namun, ianya tertakluk kepada kaedah sepertimana berpuasa di bulan-bulan lain. Tiada dalil khusus yang mensabitkan secara nyata bahawa berpuasa di bulan Rejab itu dilarang mahupun digalakkan, namun berdasarkan
prinsip bahawa berpuasa itu sendiri merupakan amalan perbuatan yang digalakkan dan di dalam Sunan
Abu Dawud (*) menyebut bahawa Rasulullah telah menjadikan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah
amalan terpuji, maka bulan Rejab yang merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram, berpuasa di bulannya turut digalakkan. Wallahu alam.”
[Imam Nawawi, Sharh Sahih Muslim Kitab 13 Bab 34 #179]
(*) Di dalam Sunan Abu Dawud pada Kitab al-Siyam, pada Bab “Berpuasa di bulan-bulan Haram”, juga di dalam Ibn Majah dan Ahmad, di mana hadith seorang lelaki yang mengulangi kata-katanya kepada Rasulullah : "Aku boleh menanggung lebih dari itu," dan Rasulullah akhirnya bersabda:

"Berpuasalah di bulan-bulan Haram."

Ianya juga sabit bahawa Ibn `Umar berpuasa di bulan-bulan Haram. [lihat Musannaf `Abd al-Razzaq 4:293, Musannaf Ibn Abi Shayba 1:125]

4 Julai 2010 pada 4:57 PTG

Berpuasa di Bulan Rejab (sambungan)

[2] Abdullah, seorang hamba yang dibebaskan oleh Asma’, anak perempuan kepada Saidina Abu Bakar al-Siddiq, merupakan bapa saudara kepada anak ‘Ata melaporkan bahawa "Asma' telah mengutusku kepada Abdullah ibn `Umar dan berkata: "Telah sampai kepadaku bahawa kau mengharamkan tiga perkara: jubah berjalur, kain pelana diperbuat dari sutera merah dan berpuasa penuh di bulan Rejab.” Abdullah menjawab: "Adapun berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, bagaimana pula kiranya seseorang itu berpuasa sepanjang waktu? Adapun berhubung dengan pakaian berjalur, aku mendengar `Umar ibn al-Khattab berkara bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian diperbuat dari sutera, tiada
baginya saham buatnya di Hari Akhirat kelak." Dan aku khuatir jalur juga termasuk sebahagian darinya.

Adapun berhubung dengan kain pelana merah, nah! ini adalah kain pelana Abdullah dan ianya adalah merah. Aku kembali kepada Asma’ dan memaklumkan kepada beliau, lalu beliau berkata: "Nah! Ini adalah jubah Rasulullah ," dan beliau keluarkan dan tunjukkan kepadaku jubah yang diperbuat dari kain Parsi dengan dihiasi dari jalur-jalur sutera, dengan bahagian hujung tangan jubah itu juga dihiasi sutera dan berkata: "Ini adalah jubah Rasululah bersama `A'ishah sehingga beliau (Aishah) meninggal dunia, kemudiannya aku memilikinya. Rasulullah pernah memakainya dan kami membasuhnya kepada orang sakit supaya mereka dapat
disembuhkan dengan sebabnya."

[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Kitab al-Libas]
Imam Nawawi seterusnya berkata: "`Jawapan Ibn Umar di atas berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab itu adalah merupakan penafian beliau terhadap apa yang didengari oleh Asma’ kononnya beliau mengharamkannya, dan penegasan beliau bahawa beliau berpuasa penuh di bulan Rejab dan juga berpuasa sepanjang waktu, kecuali pada Hari Raya dan Tashriq. Ini adalah mazhab beliau dan mazhab bapanya, Saidina`Umar ibn al-Khattab, `A'isyah, Abu Talhah, dan lain-lain di kalangan Salaf, begitu juga Imam Shafi`e dan lain-lain. Pendirian mereka ialah puasa secara berterusan itu bukan sesuatu yang makruh.

[Pandangan lain Ibn ‘Umar melalui hadith diriwayatkan Ahmad di dalam kitabnya "al-Mughni" 3:167, di mana beliau tidak menggalakkan berpuasa sepenuhnya di bulan Rejab, tetapi berkata:

“Berpuasalah sebahagiannya, dan berbukalah sebahagiannya.”]
* * * * *
Imam Nawawi seterusnya menambah: "Hadith ini adalah dalil bahawa digalakkan mengambil berkat dari barang peninggalan dan pakaian para solehin. (wa fi hadha al-hadith dalil `ala istihbab al-tabarruk bi āthār al-salihīn wa thiyābihim)."
[Sharh sahih Muslim Kitab 37 Bab 2 #10]

[3] Bayhaqi meriwayatkan dalam Shu`ab al-iman (#3802):
Abu Abdallah al-Hafiz dan Abu Muhammad ibn Abi Hamid al-Muqri telah berkata:
dari Abu al-`Abbas al-Asamm,
dari Ibrahim ibn Sulayman al-Barlisi,
dari Abdallah ibn Yusuf,
dari`Amer ibn Shibl,
yang berkata: "Aku mendengar Abu Qilabah berkata:

"Di sana ada suatu tempat di Syurga untuk mereka yang berpuasa di bulan Rejab.”

Imam Bayhaqi seterusnya menambah: "Walaupun ianya mawquf setakat Abu Qilabah (tidak sampai kepada Rasulullah), yang merupakan salah seorang Tabi’in, dia sesungguhnyya tidak mengucapkan sedemikian itu melainkan pernah mendengarnya dari orang yang pernah mendengar orang yang diturunkan kepadanya wahyu (iaitu Rasulullah ), dan kejayaan itu adalah dari Allah jua."
Selawat dan Salam buat Junjungan Rasulullah , kaum keluarga Baginda dan para Sahabat Baginda.

GF Haddad ©

-Siap diterjemahkan dengan izin Sheikh Gibril Fuoad Haddad oleh Abu Afaf pada hari ini, 27/07/2006, bersamaan 2 Rejab 1427 di Edinburgh, Scotland-

Sumber: http://www.mindamadani.my/content/view/164/4/

4 Julai 2010 pada 4:59 PTG
Tanpa Nama  

salam....
saya ingin mendapatkan kepastian berkaitan solat sunat rejab dimana di dalam buku panduan solat2 sunat lengkap menyebutnya dengan hadith tentang kafiat solatnya. tetapi ustaz mengatakan ianya hadith yang bermasalah. Bagaimana sebenarnya bentuk hadith yang dikatakan bermasalah itu?......saya jadi keliru. harap dapat membantu.... sekian, terima kasih

23 Mei 2012 pada 10:54 PG

Catat Ulasan