Posted by Nidzam Kadir

BULAN MUHARRAM

1. Bulan Muharram bakal menjelma tidak lama lagi. Bagaimana persiapan kita?

2. Ada amalan masyarakat yang membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Doa akhir tahun mesti dibaca sebelum terbenam matahari hari terakhir tahun tersebut. Manaakala doa awal tahun dibaca selepas solat Maghrib pada malam pertama tahun baru. Adakah ia harus, sunat atau bidaah?

3. Saya tidak menjumpai dalil khusus daripada hadis Nabi s.a.w. tentang doa akhir tahun dan awal tahun. Mungkin banyak lagi hadis yang tidak saya baca. Bagi saya, untuk berdoa tidak mengapa bahkan ia sesuatu yang baik. Cuma menetapkan MESTI dibaca pada waktu sekian dan fadhilatnya sekian, maka sewajarnya ia mempunyai dalil yang sahih untuk beramal. Sekadar berdoa hukumnya harus, baik dan digalakkan. Cuma tidak semestinya terikat dengan versi doa yang ada kecuali memang ada nas hadis doanya versi demikian. Sekadar ilmu yang ada sedikit ini, belum dijumpai hadisnya.

4. Amalan sunnah yang sahih ialah berpuasa pada 10 Muharram. Juga berpuasa pada 9 Muharram. Inilah yang amat wajar diamalkan.

5. Adapun bubur asyura, ia sekadar adat dan aktiviti kemasyarakatan.

6. Namun sayang, sikap kita mengutamakan bubur asyura dan doa akhir/awal tahun namun puasa sunat 10 Muharram dibaikan.

7. Alangkah eloknya jika puasa sunat 10 Muharram dapat dilakukan sambil membuat bubur asyura. Dapat pula berbuka bersama-sama dengan bubur asyura.

8. Utamakan amalan yang pasti dan sahih.

This entry was posted on 15 Disember 2009 at Selasa, Disember 15, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 ulasan

Tanpa Nama  

Assalamualaikum ustaz. Semoga sihat sejahtera.

Maaf sebab bertanya di sini bukan dalam ruangan bertanya.

Saya ada membeli buku ustaz "salah faham tentang Islam". Alhamdulillah, berguna sebagai panduan.

Saya baca berkenaan hukum Muslim berkahwin dengan non Muslim. Berkaitan dengan hukum bercinta, HARUS sama ada muslimah atau muslimin bercinta dengan non Muslim dengan syarat bercinta dalam kerangka Islam seperti menutup aurat. Bagaimana mungkin wanita non Muslim boleh menutup aurat.

Saya tak jelas dengan penerangan ustaz berkenaan dengan cinta antara Muslim dan non Muslim. Harap dapat penjelasan daripada ustaz.

Terima kasih.


-Iman-

24 Disember 2009 10:33 PTG
Tanpa Nama  

Salam Tuan.

Cuba pula baca buku 'Fiqah berinteraksi dengan non muslim' terbitan Telaga Biru. Dalam buku, saya hurai lebih lanjut insyaAllah. TQ.

28 Januari 2010 3:44 PTG

Catat Ulasan