Posted by Nidzam Kadir

PEDOMAN BERSEDEKAH

1. Sedekah mempunyai pahala yang besar dan tanda kebenaran iman.

2. Namun dalam bersedekah, ada pedoman yang disebut dalam Quran.

3. Antaranya agar bersedekah mengikut kadar keperluan dan tidak membebankan. Ini boleh dirujuk dalam surah al-Baqarah ayat 219. Besarnya wang yang disedekah atau kecilnya bukanlah persoalan.

4. Penipuan juga berlaku dalam amalan meminta sedekah. Oleh itu, utamakan orang yang berhak dan dikenali. Rujuk surah al-Baqarah ayat 215.

5. Bersedekah mestilah dengan ikhlas. Jika riya, ia satu amalan yang sia-sia.

6.Jangan menghina atau mengherdik peminta sedekah. Jika tidak mahu memberi, gunalah bahasa yang baik dan sopan. Rujuk surah al-Baqarah ayat 263.

7. Carilah benda yang elok untuk disedekahkan. Jangan disedekahkan makanan yang sudah basi atau hampir basi. Rujuk surah al-Baqarah ayat 267.

Semoga sedekah kita diterima Allah.

This entry was posted on 30 Julai 2009 at Khamis, Julai 30, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 ulasan

Ifa  

Assalamualaikum Ustaz.

Sepanjang saya mengikuti blog Ustaz, dapt juga sedikit sebanyak ilmu. Ingin saya memberi cadangan agar Ustaz dapat menyisip ilmu yang disampaikan di tv dinyatakan di blog Ustaz.

2 Ogos 2009 pada 6:10 PTG

InsyaAllah. TQ.

4 Ogos 2009 pada 2:11 PTG

Salam Ustaz,
Saya mmg berminat semua penglibatan ustaz sama ada di dalam rancangan tv dan artikel majalah dan buku. Ulasan yg menarik lengkap dengan dalil-dalilnya.Banyak pengajaran yg saya dapat. Syabas ustaz dan semoga Allah memberkati usaha-usaha murni Ustaz.

5 Ogos 2009 pada 11:02 PG

Catat Ulasan