LEBIH MUDAH BERZINA DARIPADA BERNIKAH
1. Pernikahan dalam hukum Islam adalah amat mudah. Memadai dengan lima rukun nikah sahaja.
2. Walau bagaimanapun, pernikahan dalam pentadbiran hukum Islam tidak sekadar dengan rukun nikah tetapi pelbagai syarat perlu dipatuhi.
3. Tidak dinafikan bahawa pentadbiran yang digubal ada kebaikan dan maslahat masyarakat.
4. Namun ada masanya pentadbiran hukum ini menyusahkan pernikahan, khasnya dalam kes poligami.
5. Natijahnya, ramai pasangan bercinta lebih selesa berzina, seks suka sama suka, seks bebas dan sebagainya. Malah segelintir masyarakat muslim tidak kisah dengan pasangan yang bercinta tanpa ikatan nikah yang sah, pasangan yang berdua-duaan di tempat sunyi, pasangan yang berpegangan tangan di mana sahaja, pasangan yang keluar berdua hingga jam 1 pagi dan sebagainya.
6. Akan tetapi, jika ada pasangan yang bernikah dengan memenuhi rukun nikah cuma tidak menurut pentadbiran hukum syarak, kisah pasangan ini mungkin dijaja dan menjadi bahan cerita.
7. Benarlah sabda Nabi s.a.w. bahawa banyaknya zina adalah satu tanda daripada tanda Qiyamat atau tanda akhir zaman.
4 ulasan
ya benar ustaz...
saya juga terfikir, pelbagai halangan daripada pihak keluarga, prosedur daripada pihak kerajaan dan sebagainya menjadikan mentaliti kebanyakan kita menjadikan perkahwinan yang sebenarnya mudah, menjadi sukar.
Akhirnya, ramai yang menyalurkan nafsu dengan kaedah zina.
assalamualaikum wbt...
saya baru shj memiliki buku terbaru ustaz 'Tasawuf Kontemporari'.
simple dan menarik..
masyarakat hari ini sering mengejar hakikat tetapi menolak syariat.
Ada yang berfikir hanya melalui kumpulan tarekat maka akan mengetahui dan mempunyai tarekat hakikat dan makrifat. Orang di luar kumpulan mereka di anggap ahli syariat sahaja.
saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut..
syariat,tarekat,hakikat dan makrifat tidak boleh dipisahkan. Kita laksanakan syariat mengikut jalan salafus soleh. makam hakikat adalah kurniaan ALLAH. Semua dengan izin-NYA.
Yang penting ialah kita berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-NYA.
terima kasih..
*blog dakwah dan info isu ajaran sesat, layari :
http://suarajagat.wordpress.com
Saya setuju pernikahan untuk mengelakkan zina,adakah ini merupakan tujuan pernikahan di zaman ini?Manakala lain2 pengisian di dalam pernikahan contohnya nafkah zahir,urusan rumahtangga & anak2 banyak dibebankan atas bahu wanita..atau ianya trend masa kini