FADHILAT KAYU KOKKA?
Kayu kokka adalah satu jenis kayu yang famous dalam masyarakat Melayu Islam. Oleh kerana itu, ramai juga yang menggunakan kayu kokka sebagai biji tasbih dan sebagainya.
Dalam persoalan kayu kokka, dapat dikesan dua aliran yang keterlaluan.
1. Satu pihak terlalu yakin dan percaya dengan kayu kokka. Kokka ada fadhilat yang tertentu. Orang yang menjual kayu kokka pun ada juga yang menyatakan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s. dibuat dari kayu kokka. Tongkat Nabi Musa a.s. pun dibuat daripada kayu Kokka. Kalau sudah begitu, sudah tentu ada fadhilat khusus untuk kokka.
Di sini nampaknya terdapat kesilapan. Antaranya di manakah sumber yang menyatakan bahawa kapal Nabi Nuh a.s. dan tongkat Nabi Musa a.s. diperbuat daripada kayu kokka. Kalau ada sumber contohnya hadis, OK juga. Kalau ada hadis dhaif pun, bolehlah kerana ini bukan dalam bab hukum-hakam. Kalau hadisnya palsu, jangan pandai-pandai menyatakan ini hadis Nabi s.a.w. Besar dosanya.
2. Satu pihak lagi pula kadang-kadang terlalu cepat menghukum. Kalau ada sesiapa yang membeli tasbih kayu kokka, dituduhnya melakukan syirik. Kalau membeli kayu kokka, dikatanya sudah jatuh dalam syirik.
Di sini nampaknya terdapat kesilapan. Sebenarnya tidak ada salahnya pun dengan kayu kokka. Sekadar membeli dan menggunakan kayu kokka bukanlah syirik. Macamlah dengan minum air yang menghilangkan dahaga atau makan burger yang mengenyangkan perut. Ia berlaku dengan kehendak Allah. Begitu juga kalau hendak dibuat rumah, ada kayu yang memang kuat dan susah dimakan anai-anai.
Dalam dunia sains hari ini, terdapat banyak penemuan baru. Banyak khasiat makanan seperti herba yang didedahkan. Sekadar cakap orang tua, katanya bawang putih boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Kalau dilihat sepintas lalu, mungkin tidak logik. Tetapi kalau dikaji, mungkin ada khasiat tertentu dalam bawang putih yang boleh berfungsi sedemikian rupa.
Sekadar bandingan, ada satu hadis menceritakan fadhilat satu jenis kurma bernama ‘ajwah. Sabda Nabi s.a.w. :
مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَة لَمْ يَضُرَّهُ فِى ذَلِكَ اليَوْمِ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ
“Sesiapa yang makan waktu pagi setiap hari dengan tujuh biji tamar ‘ajwah, tidak memudharatkan ia pada hari tersebut oleh racun dan sihir”. (Riwayat Bukhari).
Hadis ini ada tercatat dalam kitab at-tibb dalam Sahih al-Bukhari. ‘Ajwah ini pula dikatakan antara tamar yang paling baik. Persoalannya adakah ia berlaku dengan sendiri atau dengan izin Allah jua? Sudah pasti dengan izin Allah.
Begitu juga hadis sahih di mana Nabi s.a.w. meminta beberapa orang minum air kencing unta sebagai ubat. Hadis ini tercatat dalam kitab at-tibb Sahih al-Bukhari. Namun sudut logiknya, sudah pasti ia menjijikkan untuk meminum air kencing. Namun inilah sebahagian petunjuk dalam soal perubatan.
Begitulah juga soal kayu kokka. Kalau kayu kokka sekadar dijadikan perhiasan, tidaklah salah. Kalau sekadar dijadikan ubat, tidaklah salah. Contohnya kalau sakit demam, disarankan minum air yang direndam kayu kokka. Kalau sakit gigi, disarankan minum air suam yang direndam kayu kokka, insyaAllah sembuh. Ia hanya satu kaedah rawatan sahaja. Kalau sekadar dijadikan biji tasbih, tidaklah salah.Kalau ada kajian saintifik membuktikan kebaikan kayu kokka, ia boleh diterima dalam Islam.
Namun yang menjadi masalah ialah kepercayaan salah terhadap kayu kokka. Kepercayaan dengan menjadikan kayu kokka sebagai tangkal azimat adalah salah. Kepercayaan bahawa kayu kokka boleh menakutkan jin dan syaitan juga tidak mempunyai sandaran kukuh. Kalau hendak menjual kayu kokka, silakan tetapi janganlah promosi dengan hadis yang palsu. Ini satu pendustaan terhadap Islam dan Nabi s.a.w.
This entry was posted
on 14 Oktober 2008
at Selasa, Oktober 14, 2008
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.
4 ulasan
Saya setuju dengan pandangan nizaati. Ia bergantung kepada keselesaan kita sebagai pengguna. Setiap benda biasanya ada manfaat dan kebaikan.
16 Oktober 2008 pada 10:47 PG
SAYA SETUJU DGN APA YG ALFADHIL UST PERKATAKAN, BG SAYA KAYU KOKKA INI JIKA DIGUNAKAN SBG UBAT TIADA SALAHNYA SAMALAH SEPERTI TONGKAT ALI, CUMA JIKA DIKATAKAN BERKAITAN DGN PARA NABI DAN RASUL ITU PERLUKAN NAS2 YG SHAHIH,... JIKA ADA SALAH SILAP SAYA TOLONGLAH TEGUR,....
AZHAN
27 Disember 2008 pada 5:13 PTG
sila huraikan manfaat/khasiat kayu kokka dari sudut sains perubatan supaya tulisan ini lebih jujur dan adil.
25 Januari 2009 pada 8:04 PTG
Catat Ulasan
Pautan
Review Buku Karya Us. Nidzam
Artikel
Pengunjung Blog Ini
Statistik
Profail Saya
Dilahirkan di Alor Setar,
Kedah. Beliau mendapat
pendidikan awal di Maktab
Mahmud, Alor Setar sebelum
ke Kolej Agama Sultan Zainal
Abidin. Memiliki ijazah
sarjana muda dari Universiti
al-Azhar, ......
[Selanjutnya]
Tanya Ustaz
Masa Itu Ibarat Pedang
Kata Kata Hikmah
Hijriah
Kredit
-Blog ini didesign dan dikodkan oleh fateh