Posted by Nidzam Kadir

PEMURNIAN TERHADAP SALAH-FAHAM FAHAMAN SALAF DAN KHALAF

1. Terdapat pertembungan antara golongan yang pro salaf dengan pro khalaf di Malaysia hari ini.
2. Siapakah salaf dan siapakah khalaf? Terdapat beberapa definisi terhadap dua istilah ini. Secara mudah, salaf ialah generasi awal Islam manakala khalaf ialah generasi yang terkemudian.
3. Golongan pro salaf di Malaysia biasanya mendokong fahaman tidak bermazhab, sentiasa merujuk kepada Quran dan sunnah, sentiasa menyebut kehebatan Syeikh Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Mereka juga merujuk kepada Syeikh Albani, ulama-ulama di Saudi dan sebagainya.
4. Manakala golongan pro khalaf biasanya mengikut mazhab yang empat khasnya mazhab Syafii di Malaysia, tidak terlalu merujuk kepada Ibn Taimiyyah dan ulama yang sewaktu dengannya.
5. Akhirnya berlaku pertembungan ilmu dan membawa kepada penyakit yang lain.
6. Hakikatnya para ulama tersebut tidak menganjurkan demikian. Mereka menganjurkan persaudaraan Islam. Walaupun terdapat perbezaan pandangan, semua itu hanya kerana kefahaman ijtihad yang berbeza sahaja tetapi masih merujuk kepada Quran dan sunnah. Cuma dikatakan bahawa manhaj Syeikh Albani agak keras sedikit hingga sesiapa yang membaca karya-karya beliau akan mudah menuduh ulama ini salah, silap dan sebagainya.
7. Adakah salah mengikut manhaj salaf? Tidak salah. Ia adalah manhaj yang baik dan benar.
8. Dan adakah salah mengikut manhaj khalaf? Juga tidak salah. Bermazhab adalah harus.
9. Kalau tidak salah, kenapa perlu ada pertembungan? Pertembungan ini sebenarnya bukanlah di kalangan para ulama muktabar tetapi di kalangan pengikut sahaja. Antara faktornya mungkin kerana kematangan ilmu yang belum sampai waktunya.
10. Muslim yang matang ilmu akan mengikut Quran dan sunnah. Ijtihad para ulama adalah kefahaman yang baik. Muslim begini tidak akan fanatik kepada mana-mana ulama tetapi setiap pendapat diterima berdasarkan dalil dan hujah. Imam Ibn Taimiyyah seorang ulama yang hebat tetapi bukanlah syarat seorang ulama hebat bahawa beliau tidak pernah salah dalam ijtihad. Muslim begini tidak akan membelakang ulama mazhab kerana ulama mazhab adalah generasi salaf.
11. Salaf banyak menyatakan amalan masyarakat adalah bidaah namun khalaf tidak begitu. Apa puncanya? Puncanya ialah kerana kefahaman yang berbeza bagi makna sunnah dan makna bidaah. Pro salaf meluaskan makna bidaah dan menyempitkan makna sunnah. Sebaliknya pro khalaf meluaskan makna sunnah dan menyempitkan makna sunnah.
12. Oleh itu, pertembungan fahaman salaf dan khalaf di Malaysia dan yang sewaktu dengannya wajar dilihat dalam kerangka syariah yang luas.
13. Marilah kita bersatu atas nama islam. Islam adalah agama yang Allah redhai. Gelaran ‘muslim’ adalah nama yang disebut dalam Quran. Apa jua fahaman kita, kita semua masih lagi sebagai muslim. Marilah bersatu atas perkara yang disepakati, dan bertolak ansurlah dalam perkara yang dikhilafi.

This entry was posted on 01 Disember 2008 at Isnin, Disember 01, 2008 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

6 ulasan

Seringkali umat Islam bertelangah dengan perkara2 begini hingga berpuak2. Bagaimana Islam mahu berTEGUH andai kita sendiri tidak bersatu. Selayaknya, sudah pun bersandar pada al-Quran dan As-Sunnah... Maka terlerailah perbalahan... Tidak salah kita mengamalkan sesuatu yang mendatangkan kebaikkan... Asal kita PERCAYA...Allah itu tuhan kita dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruhNya.. WaAllahualam...

21 Disember 2008 pada 8:53 PG
Tanpa Nama  

agak kurang tepat sindiran bahwa golongan pro-salaf membelakangkan ulama mazhab generasi salaf. (No.10)

25 Januari 2009 pada 8:01 PTG

Adakah golongan salaf yang keras ini dan suka mengkafirkan dan menyesatkan orang termasuk dalam golongan khawarij???? suku sakat pembunuh uthman dan ali

18 Februari 2009 pada 10:59 PTG
Tanpa Nama  

Assalaamu'alaikum, us nidzam! Semoga dirahmati Allah selamanya.

3 Mac 2009 pada 2:11 PTG
Tanpa Nama  

Visit my web. Syukran.

3 Mac 2009 pada 2:12 PTG

assalamualaikum ustaz..

syukran ustaz atas info ustaz ttg salaf dan khalaf, saya secara jujurnya sblm ini hanya tahu saja wujudnya dua golongan ini tapi tak tahu apa bezanya. alhamdulillah saya mendpt kefahaman dari blog ustaz.

saya nak tanya, golongan salaf dan khalaf ni wujud hanya di malaysia atau secara umumnya telah wujud sekian lama. kalau tidak keberatan, boleh x ustaz kupas secara lebih lanjut dan sejarah tentang kewujudan salaf dan khalaf.

dan ketidakfahaman 2 golongan ini hanya berlaku di malaysia je ke?

22 Mei 2009 pada 8:51 PG

Catat Ulasan