Posted by Nidzam Kadir

KALIMAH ALLAH

1. Allah adalah tuhan bagi seluruh alam. Ini dinyatakan dalam surah al-Fatihah ayat 2.

2. Hasrat sebahagian penganut bukan muslim untuk menggunakan lafaz Allah sebagai rujukan kepada Tuhan yang mereka sembah adalah satu perkembangan positif. Ia satu pengiktirafan kepada kewujudan Allah.

3. Ini boleh membuka ruang yang lebih luas untuk berdakwah dan mencari hakikat tuhan yang sebenar.

4. Namun wujud juga nilai yang negatif.

5. Antaranya pencemaran terhadap kalimah Allah. Allah dalam aqidah Islam adalah tuhan yang esa, tidak beranak, tidak dilahirkan dan mempunyai segala sifat kesempurnaan. Namun hakikat ketuhanan dalam masyarakat Kristian berdasarkan konsep triniti. Triniti membawa maksud bahawa tuhan terdiri daripada tiga entiti yang menjadi satu. Aqidah triniti ditolak oleh al-Quran.

5. Persoalan yang perlu dikaji, wujudkah kalimah Allah dalam kitab-kitab suci? Dalam al-Quran, memang wujud kalimah Allah ketika ayat al-Quran ditujukan kepada golongan ahli kitab.

6. Bagaimana dengan Bible yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Adakah lafaz Allah wujud dalam versi bahasa Inggeris, Jerman, Perancis dan Arab? Jika tidak wujud, bermakna ia memang bukan istilah yang diterima dalam Bible hari ini. Jika wujud, bilakah kewujudannya dan adakah lafaz Allah adalah asal atau sekadar meminjam kalimah Arab.

7. Dikhuatiri kekeliruan juga mungkin berlaku di kalangan masyarakat muslim dan bukan muslim. Mungkin kan wujud kefahaman bahawa Islam dan Kristian adalah agama yang sama kerana tuhan kedua aagama ini disebut Allah. Akhirnya wujud pula pluralisma agama. Akhirnya mungkin wujud fahaman bahawa kita bebas untuk menganut Islam atau Kristian kerana tuhannya adalah Allah.

8. Faktor bahasa perlu difahami dengan baik. Adat masyarakat juga perlu diraikan. Konsep menutup pintu-pintu ke arah maksiat wajar difahami dengan baik.

9. Akhirnya perkara ini perlu difahami dengan tenang. Setiap individu muslim perlu memililki kefahaman aqidah tauhid yang jelas dan mantap. Apa jua yang berlaku, insyaAllah kita akan selamat.

This entry was posted on 13 Januari 2010 at Rabu, Januari 13, 2010 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

7 ulasan

terima kasih.
saya setuju dengan pandangan ustaz.

13 Januari 2010 pada 10:57 PTG

terima kasih.
saya setuju dengan pandangan ustaz.

13 Januari 2010 pada 10:57 PTG

boleh x ustaz tolong terangkn ttg islamisasi adat dan budaya melayu?

20 Januari 2010 pada 10:25 PTG
Tanpa Nama  

salam ustaz.
kaitan denga isu penggunaan kalimah Allah ini, ada timbul isu baru tentang 'pluralisme' iaitu semua agama adalah sama.
Boleh ke ustaz tolong perjelaskan.

30 Januari 2010 pada 10:14 PG
Tanpa Nama  

salam ustaz.
kaitan denga isu penggunaan kalimah Allah ini, ada timbul isu baru tentang 'pluralisme' iaitu semua agama adalah sama.
Boleh ke ustaz tolong perjelaskan.

30 Januari 2010 pada 10:14 PG

Salam Ustaz. Satu ulasan yg baik. Isu ini telah membuka ruang kita berdakwah mengajak kepada kebenaran. Konsep akidah dan tauhid yg menjadi asas perbezaan antara Islam dan agama lain, insyaAllah.

31 Januari 2010 pada 8:42 PG
Tanpa Nama  

Salam alaik ustaz. Moga dalam rahmat Ilahi.
Saya ada membaca buku fiqah berinteraksi dengan non muslim tulisan ustaz. Ahamdulillah satu pencerahan dan maklumat yang amat bagus. Cumanya disini saya ada beberapa persoalan tentang beberapa perkara.
1. Dalam fiqah perngharaman arak, perbahasan kedua (jenis-jenis arak zaman ini), ustaz ada menyebut beberapa jenis arak dan diantaranya ialah tuak. Tetapi kemuskilan saya kenapa dinyatakan disini Tuak Kelantan bukanlah arak dan harus diminum. Bukankah ia juga berasal dari nira kelapa seperti tuak di negeri lain? Di sini seperti ada bias. mohon penjelasan ustaz.
2. Dalam fiqah perkahwinan, dalam perbahasan 1 (bercinta dengan non-muslim), Ustaz ada menyatakan tiada tegahan dalam bercinta dan ustaz juga memberi panduan berdating dalam kerangka Islam. Jujurnya, saya tolak atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Jika dilihat situasi sekarang,ribuan anak-anak luar nikah yang dilahirkan. Didarab dengan dua,maka berapa ramai yg telah berzina. Dan yang saya yakin bukan hanya golongan yg jahil sahaja terjebak bahkan mereka yg bergelar ustaz ustazah muda juga ada yg terlibat. Hal ini kerana cinta Islam yang mereka gembar-gemburkan dan pertahankan. Dan menjadi prinsip saya hanya cinta selepas kahwin sahaja yg suci. Cinta mmg suatu fitrah yg suci ttp pada suami yg layak bukan pada boyfriend or girlfriend. Tentang berdating kerangka Islam., benarkah begitu ustaz. Saya ada terbaca ttg satu artikel tentang zina itu terbahagi 3 iaitu zina kemaluan, zina mata dan zina hati. Andai zina kemaluan dpt dielakkan namun ketika berdating walau dalam kerangka islam, zina hati dan zina mata sudah pasti tidak dpt dielakkan. Manakan tidak, si mata asyik memandang sang kekasih dan si hati teringat pada kekasih. Dan saya yakin ustaz menyatakan seperti di atas bukanlah atas nafsu semata tetapi mempunyai hujah-hujah kukuh. Maka saya mohon penjelasan yg jelas dari ustaz agar tentang hal ini. Maafkan kejahilan saya.

salam alaik.

3 April 2010 pada 11:05 PG

Catat Ulasan