KENAPA KITA BERMAZHAB
1. Kalau Nabi Muhammad s.a.w. tidak bermazhab, kenapa kita perlu bermazhab?
2. Persoalan ini sering kali menghantui segelintir umat Islam.
3. Mazhab ialah kefahaman para ulama. Apabila disebut mazhab Syafii, ia adalah kefahaman Imam Syafii dan ulama kemudian yang mengikut gaya kefahaman beliau dalam memahami nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Begitu juga dengan mazhab yang lain.
4. Apakah perlu bermazhab? Sebenarnya tidak perlu jika kita mempunyai kemampuan untuk berijtihad secara langsung daripada al-Quran dan hadis. Jika tidak, seeloknya mengikut kefahaman para ulama.
5. Contohnya dalam keinginan untuk makan kek. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kek tersebut. Pertama dengan membeli bahan mentan seperti tepung, gula, telur dan sebagainya. Kemudian diproses masak hingga menjadi kek. Kedua dengan terus membeli kek di kedai.
6. Bagi yang mampu, silalah untuk membuat kek sendiri. Jika tidak, belilah kek di kedai.
7. Kenapa perlu bermazhab? Antaranya :
- Ketidakmampuan memahami nas al-Quran dan hadis secara menyeluruh. Bahasa Arab pun tidak dikuasai, bagaimana kemampuan untuk memahaminya dengan baik.
- Kekangan masa untuk berijtihad. Masing-masing ada tugasan dan urusan yang lain.
- Hukum mazhab masih berdasarkan nas al-Quran dan hadis. Kalau dikaji setiap hukum, sudah pasti ada hujah dan dalil.
- Mazhab mengalami saringan dan perbahasan yang panjang. Apa yang sampai sudah disaring dengan baik.
- Mazhab penting dalam menjaga perpaduan umat agar tidak bertelingkah.
8. Cuma dalam bermazhab, jangan dikuasai fanatik mazhab. Hendaklah berlapang dada dalam setiap perbezaan.
9. Nabi s.a.w. tidak bermazhab kerana Nabi adalah sumber syariah. Setiap mazhab masih di bawah lingkungan syariah. Maka tidak wajar disebut mazhab Nabi s.a.w. kerana ini merendahkan martabat Nabi kerana menyamakan Nabi dengan para ulama. Nabi lebih tinggi dan utama daripada insan yang lain.
10. Jika tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan dalam mazhab Syafii, tidak mengapa. Kajilah dalil dan hujah yang lain. Namun adab ikhtilaf hendaklah dijaga.
11. Hari ini, para ulama masih lagi bergantung kepada kefahaman dalam mazhab yang muktabar dalam memahami nas syarak. Di Malaysia secara umum bermazhab Syafii namun ia tidak menghalang mazhab lain jika ada kewajarannya.
12 ulasan
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana mencelah membuat catatan dalam ruangan ini. Alhamdulillah, saya mengikuti dengan penuh minat racangan tanyalah Ustaz Tv9 yang baru-baru ini Ustaz Nidzam yang menjadi hosnya. Ulasan dan kupasan tentang aqidah yang ustaz berikan adalah sangat baik. Saya sebagai orang awam dapat memahaminya dengan jelas. Sebelum ini, saya selalunya membaca blog ustaz dan menonton rancangan yang ustaz pernah kendalikan. Mungkin sebelum ini saya ada sedikit berbeza pendapat dengan ustaz, namun hanya dalam perkara furu' dan atas persaudaraan Islam saya berlapang dada.
Saya perhatikan ustaz cuba mencari titik pertemuan dalam isu-isu semasa Aqidah yang menyebabkan berlaku perbalahan segelintir umat Islam di negara kita.
Saya bersetuju dengan pendapat ustaz sama ada kaedah salaf atau khalaf dalam ilmu tauhid, itu dalah merupakan satu manhaj untuk kita mengenal Allah berdasarkan sumber alQuran dan hadis yang sohih juga.
Namun masalah yang masyarakat kita hadapi sekarang adalah ketiadaan sikap berlapang dada untuk memahami kedua-dua manhaj. Saya dapati perbalahan mula timbul apabila ada segelintir yang bergelar ustaz yang mempertikaikan pengajaran Sifat 20 (alAsyaariah dan alMaturidiah) sebagai sesat kerana berasal dari aliran akal falsafah yunani dan Greek. Malah kini telah wujud versi baru (telah dimanipulasi) sejarah hidup Imam Abu Hassan Asyaari, berbeza dengan sejarah hidupnya yang telah diketahui umum sejak zaman berzaman. Kita boleh melihatnya dengan melayari ceramah-ceramah di youtube. Ini semua berlaku kerana ingin menegakkan bahawa hanya golongan mereka sahaja yang betul tetapi menafikan golongan yang lain.
Dari sudut Ustaz-ustaz di negara kita yang mempertahankan manhaj Sifat 20, walaupun ada yang mempertikaikan pembahagian Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyah, namun mereka tidak menghukum sesat mereka yang berpegang kepada pembahagian kedua-dua pembahagian ini selama mana tidak terlibat kepada unsur-unsur menjisimkan Allah SWT (seumpama golongan mujassimah).
Ini dapat kita lihat para ulama di tanah Melayu menerima pembahagian ini menerusi Kitab Anak Kunci Syurga karangan Almarhum Syeikh Abd Qadir alMandili yang kerap disyarahkan di masjid atau surau seluruh tanah air.
Kedua-duanya adalah Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Namun kita hendaklah berwaspada jika ada golongan yang menerima faham ayat-ayat mutasyabihat secara zahir sahaja hingga membawa makna kejisiman, berbeza dengan kaedah tafwidh (salaf) dan kaedah ta'wil (khalaf).
Satu lagi perkara, saya yang jahil ini rasa kita telepas pandang ialah manhaj yang dibawa oleh Imam Abu Hassan dan Imam Abu Mansur alMaturidi tergolong dalam zaman ulama salaf atau alMutaqaddimin. Kedua-duanya hidup pada kurun ke-3 hijrah, yang mana suatu zaman yang para alim ulamanya diiktiraf nabi SAW melalui hadisnya yang sohih.
Marilah sama-sama kita berdoa supaya kita dan umat Islam Negara kita dan seluruh dunia sentiasa bersatu dalam Aqidah yang benar dan selamat, InsyaAllah.
Wallahu'alam.
Munir, Gombak, Selangor
Salam alaik ustaz. Moga dalam rahmat Ilahi.
Saya ada membaca buku fiqah berinteraksi dengan non muslim tulisan ustaz. Ahamdulillah satu pencerahan dan maklumat yang amat bagus. Cumanya disini saya ada beberapa persoalan tentang beberapa perkara.
1. Dalam fiqah perngharaman arak, perbahasan kedua (jenis-jenis arak zaman ini), ustaz ada menyebut beberapa jenis arak dan diantaranya ialah tuak. Tetapi kemuskilan saya kenapa dinyatakan disini Tuak Kelantan bukanlah arak dan harus diminum. Bukankah ia juga berasal dari nira kelapa seperti tuak di negeri lain? Di sini seperti ada bias. mohon penjelasan ustaz.
2. Dalam fiqah perkahwinan, dalam perbahasan 1 (bercinta dengan non-muslim), Ustaz ada menyatakan tiada tegahan dalam bercinta dan ustaz juga memberi panduan berdating dalam kerangka Islam. Jujurnya, saya tolak atau tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Jika dilihat situasi sekarang,ribuan anak-anak luar nikah yang dilahirkan. Didarab dengan dua,maka berapa ramai yg telah berzina. Dan yang saya yakin bukan hanya golongan yg jahil sahaja terjebak bahkan mereka yg bergelar ustaz ustazah muda juga ada yg terlibat. Hal ini kerana cinta Islam yang mereka gembar-gemburkan dan pertahankan. Dan menjadi prinsip saya hanya cinta selepas kahwin sahaja yg suci. Cinta mmg suatu fitrah yg suci ttp pada suami yg layak bukan pada boyfriend or girlfriend. Tentang berdating kerangka Islam., benarkah begitu ustaz. Saya ada terbaca ttg satu artikel tentang zina itu terbahagi 3 iaitu zina kemaluan, zina mata dan zina hati. Andai zina kemaluan dpt dielakkan namun ketika berdating walau dalam kerangka islam, zina hati dan zina mata sudah pasti tidak dpt dielakkan. Manakan tidak, si mata asyik memandang sang kekasih dan si hati teringat pada kekasih. Dan saya yakin ustaz menyatakan seperti di atas bukanlah atas nafsu semata tetapi mempunyai hujah-hujah kukuh. Maka saya mohon penjelasan yg jelas dari ustaz agar tentang hal ini. Maafkan kejahilan saya.
salam alaik.
salam..saya mohon sahabat2 semua baca kitab tabaqat syafieyyah oleh al imam al sayuti..dalam kitab tersebut imam abu hassan al asy`ri mengatakan beliau bertaubat dari sifat2 Allah..kitab tabaqat syafi`eyyah itu di karang oleh imam al sayuti..kalau tak silap saya imam ibnu kathir pun ada menulis kitab itu..sama2 kita baca dan nilai.jazakllh
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon sahabat2 semua cuba membaca 2 artikel berikut yang menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada Imam Abu Hassan Assyaary.
Copy adres di bawah & pastekan dlm ruangan URL, selamat membaca:
1. http://jomfaham.blogspot.com/2009/11/benarkah-al-imam-abu-hassan-al-ashari.html
2. http://jomfaham.blogspot.com/2009/11/benarkah-al-imam-abu-hassan-al-ashaari.html
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
salam...bsyafie... kitab tu memang ada yg kata ada pembohogan,tapi enta kaji pula kitab tabaqot syafiyyah itu karagan imam subki..cuba nilai..barakllhufik..
yg penting kita jgn emosi dan berlapang dada..kalau nak cari salah semua manusia buat silap cuma para Nabi ja yg maksum..lagi satu saya kurang setuju apabila kita suka menlabel org sedangkan benda tu Allah larang dalam quran..surah al hujirat..bagi org awam mcm saya,saya memang benci manusia yg suka agap diri dia je betul,kalau macam ni sampai bila islam takan maju,siapa2 yg nak blaja sifat20 silakan,tapi jgn tuduh orang yg bukan2 yg taknak blaja sifat 20..dgn tuduhan wahabi..sedih betul saya ngk org kita nh..lagi sedih apabila blog2 yg bnyk mengutuk menfitnah mengata drpd ilmu..pelik betul sya..harap blog2 mcm ni lebih bnyk.dulu ada blog ustz zahazan tapi dah takda sbb ada manusia yg bermasalah dlm blog tu..sedih betul saya..kebiadapan manusia melampau2..sampai sanggup mengkafirkan org tanpa bukti..harap blog ini tdk dicemari..insyallh
Assalamualaikum
Belajarlah tauhid dengan matlamat untuk mengenali Allah. Samada melalui sifat 20 ataupun al-Quran terus. Jangan pula terlampau berfalsafah hinggakan tidak tahu intipati pelajaran tauhid tetapi mampu hafaz unsur-unsur falsafah sahaja.Belajar sifat 20 dengan tujuan kita kenal Allah dan mampu berhujjah sesuai dengan persoalan semasa yang timbul. Kalau kita rasa lebih mudah melalui al-Quran dan kefahaman hadis-hadis maka gunakanlah untuk tujuan mengesakan Allah SWT.
Bukalah pemikiran kita sesuai dengan kemudahan Islam.
saya selalu benar jumpa uztaz-2 yg selalu kata perkara khilaf, usah bertegang leher mendebatkannya. cuma saya sangat hairan, kenapa bila disebut khilaf, tetapi tidak diperincikan dgn dalil-2 yang mengatakan sesuatu itu khilaf. bukan kah itu tidak adil dan tidak beradab namanya? sebab, kita mengajak org memahami dan mengikut kata kita bahawa sesuatu pandangan itu khilaf. tetapi dlm masa yg sama kita tidak adil sbb tidak menyatakan dalil yg membawa kpd hukum khilaf itu sendiri. Sepatutnya kita bawakan dalil-2 kenapa dikatakan khilaf, barulah org awam mendengar, memahami dan memilih khilaf yg mana mengikut kecenderungan mrk. betul tk?
assalamualaikum wbt.
saya amat berbesar hati dan menjunjung tinggi sekiranya ustaz dapat menerima jemputan muzakarah daripada Jemaah Ahmadiyya (lebih dikenali Qadiani). mereka amat terbuka dalam soal bertukar pendapat. mereka jelas sekali tidak merasa terkilan atas apa yang dikatakan mengenai mereka melalui akhbar, internet, TV dan sebagainya. pada mereka itu hanyalah tohmahan negatif yang mana semuanya ada jawaban yang boleh mereka perjelaskan. saya harap ustaz bersetuju bermuzakarah dengan Jemaah Ahmadiyya dan jika uztaz bersetuju saya boleh mengaturkanya. hubungi saya di milhad_64@yahoo.com
wassalam